Kami sekeluarga ronda-ronda Hari Belia pada 27/05/2012 yang lepas. Beli buku, biskut, kek cawan coklat dan macam-macam lagi. Tapi yang paling menarik pastilah karipap inti kentang, cendawan dan keju. Produk sebuah syarikat IKS. Satu bungkus mengandungi 12 biji karipap berharga RM 6.00. Rasa dan rupanya memang memuaskan. Memenuhi cita rasa saya. Bagi Izuwan pula memang bukan selera dialah. Pau inti coklat dan kentang ayam khas untuk dia. Rasanya boleh tahan juga. Nampak sangat kuih ini bukan kegemaran saya.
Pau agak mahal harganya. RM 1.00/1 biji. Tidak mengapa kalau saya beli sahaja. Ada kelapangan nanti belajar buat pau dari rakan-rakan maya yang lain. Karipap inti kentang, cendawan dan keju boleh saya kongsi dengan semua sekarang. Tidak lah sehebat pencipta asalnya tapi saya rasa sudan menepati cita rasa lidah saya sendiri.
Karipap inti kentang, cendawan dan keju yang saya beli kulit biasa. Saya buat pula kulit pusing. Itu sahaja bezanya.
Bahan kulit (1)
3 cawan tepong gandum
1 biji telur ayam
garam dan air sejuk dari peti ais secukupnya untuk membuat satu doh yang lembut
Bahan kulit (2)
2 cawan tepong gandum
marjerin rendah lemak secukupnya untuk membuat satu doh yang lembut
Caranya
Untuk membuat kulit karipap pusing kita tengok rakan-rakan maya yang lain. sama je kan.
Inti lagi mudah. Tidak serumit inti biasa
Kentang yang elok dan segar memang pilihan terbaik.
Kentang kupas dan potong dadu kasar. Rebus hingga empuk tapi tidak lodoh ok. Angkat dan toskan.
Bawang merah dan putih cincang halus tumis hinga kekuningan
Masukkan cendawan yang dihiris nipis biarkan seketika
Masukkan kentang sesuaikan rasa dengan garam, gula, kiub ayam knor dan serbuk lada hitam.
Gaul hingga rata.
Sejukkan terlebih dahulu
Masa hendak membuat karipap baru tabur keju.
Senang saja kan.
Saya membuka tempahan sekarang. Sila hubungi 0192193310. Hasil jualan adalah untuk kebajikan Izuwan.
Packing
1 bungkus - 5 biji - RM 3.00 sahaja
Sila-sila tempah. Sambil membeli sambil menderma. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan