Selasa, 10 Julai 2012

TAHLIL ARUAH UNTUK IBU

Sabtu 07/07/2012

nampak tu siapa kepalanya




Buat tahlil untuk ibu-ibu dan bapa-bapa kaum keluarga yang lain juga.  Terima kasih terutama kepada      Wak Besahnya, Wak Enon, Wak Ika dan yang lain. 

Khamis, 31 Mei 2012

Karipap inti kentang, cendawan dan keju

Kami sekeluarga ronda-ronda Hari Belia pada 27/05/2012 yang lepas.  Beli buku, biskut, kek cawan coklat dan macam-macam lagi.  Tapi yang paling menarik pastilah karipap inti kentang, cendawan dan keju.  Produk sebuah syarikat IKS. Satu bungkus mengandungi 12 biji karipap berharga RM 6.00.  Rasa dan rupanya memang memuaskan.  Memenuhi cita rasa saya.  Bagi Izuwan pula memang bukan selera dialah.  Pau inti coklat dan kentang ayam khas untuk dia.  Rasanya boleh tahan juga.  Nampak sangat kuih ini bukan kegemaran saya.

Pau agak mahal harganya.  RM 1.00/1 biji.  Tidak mengapa kalau saya beli sahaja.  Ada kelapangan nanti belajar buat pau dari rakan-rakan maya yang lain.  Karipap inti kentang, cendawan dan keju boleh saya kongsi dengan semua sekarang.  Tidak lah sehebat pencipta asalnya tapi saya rasa sudan menepati cita rasa lidah saya sendiri.

Karipap inti kentang, cendawan dan keju yang saya beli kulit biasa.  Saya buat pula kulit pusing.  Itu sahaja bezanya.

Bahan kulit (1)
3 cawan tepong gandum 
1 biji telur ayam
garam dan air sejuk dari peti ais secukupnya untuk membuat satu doh yang lembut

Bahan kulit (2)
2 cawan tepong gandum
marjerin rendah lemak secukupnya untuk membuat satu doh yang lembut

Caranya
Untuk membuat kulit karipap pusing kita tengok rakan-rakan maya yang lain.  sama je kan.

Inti lagi mudah.  Tidak serumit inti biasa

Kentang yang elok dan segar memang pilihan terbaik.
Kentang kupas dan potong dadu kasar.  Rebus hingga empuk tapi tidak lodoh ok.  Angkat dan toskan.
Bawang merah dan putih cincang halus tumis hinga kekuningan
Masukkan cendawan yang dihiris nipis biarkan seketika
Masukkan kentang sesuaikan rasa dengan garam, gula, kiub ayam knor dan serbuk lada hitam.
Gaul hingga rata.
Sejukkan terlebih dahulu
Masa hendak membuat karipap baru tabur keju.

Senang saja kan.

Saya membuka tempahan sekarang.  Sila hubungi 0192193310.  Hasil jualan adalah untuk kebajikan Izuwan.

Packing
1 bungkus - 5 biji - RM 3.00 sahaja

Sila-sila tempah.  Sambil membeli sambil menderma.  Terima kasih   


 





Isnin, 21 Mei 2012

LATAR BELAKANG PEMBINAAN

Hampir setahun dibina.  Tanpa latar belakang terus diterbitkan.  Baru hari ini berkesempatan untuk mengemaskini.

Blog ini saya bina khas buat seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Izuwan bin Jaafar bin Rithwan.  Mesra dipanggil Iwan sahaja di rumah dan juga di sekolah.

Iwan dilahirkan down sindrum.  Sekarang berusia 12 tahun.  Bersekolah di SK Presint 9(2) Purtajaya.  Mempunyai dua orang kakak. Seorang dalam Tingkatan 4 di SM Presint 9(1) dan seorang lagi dalam Tigkatan 2 di SMS Kuantan.  Seorang adik perempuan Iwan dalam darjah 1 di sekolah yang sama dengan Iwan. 

Abah Iwan bertugas di Kementerian Kerjaraya Malaysia sebagai Pembantu Am Pejabat.  Sementara ibunya telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu.


Ahad, 28 Ogos 2011

Tat nanas


Tat Nanas








Kuih raya pertama buat tahun ini

Sebagai rujukan tahun2 akan datang.

seketul majerin (250 gm)
3 sudu ising sugar
pukul hingga kembang
campurkan dengan 
2 biji telur
2 sudu esen vanila
3 sudu tepong kastard
pukul lagi hingga kembang dan rata
tambahkan 2 setengah cawan tepong gandum
gaul hingga rata
masukan dalam peti sejuk dalam 20 minit baru bentukkan.

bentuk suka hati le

Isnin, 22 Ogos 2011

23 Ramadan 1432 H

Masuk hari ke 23 Ramadan.  Selasa depan sudah raya.  Aku di Anak-anak Al-Rithwan mungkin cuti kot.  Kalau nasib baik aku bercuti boleh le aku raya ngan keluarga aku sendiri.  Anak aku n adik-adik aku.  Makan lemang, rendang, ketupat dan kuah kacang kat alamanda je.  5 Tahun lepas sebelum aku bersama mereka pun aku macam ni je beraya.  Alhamdulilah.        

Ahad, 21 Ogos 2011

22 Ramadan 1432 H

diciptakan pada hari ini.  dengan maksud mengajak saudara2 di maya ini mengenali kami.  berkongsi suka duka kami di dalam ketentuan ilahi.  semoga kami mendapat tempat di hati saudara2 semua

22 Ramadan 1432 H

dah buat